Nota Bahasa Arab Tahun 2: Huruf Lam (ل)

•

Tajuk 1: هَيَّا نَتَعَارَفْ — Jom Kita Berkenalan

Kemahiran: مَهَارَةُ الْقِرَاءَةِ (Membaca)

Nota pembelajaran ini disediakan bagi membantu murid Tahun 2 mengenal huruf lam (ل), membaca huruf dengan tanda baris yang berbeza serta mengenal pasti penggunaannya dalam perkataan Bahasa Arab.

Bahan ini dipersembahkan dalam bentuk nota bergambar yang berwarna-warni bagi menjadikan pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami.

Kandungan nota:

  • Pengenalan huruf lam (ل).
  • Huruf lam dengan baris atas, bawah dan hadapan.
  • Huruf lam dalam perkataan Bahasa Arab.
  • Contoh kosa kata bergambar.
  • Latihan membaca perkataan yang mengandungi huruf lam.

Maklumat bahan: Bahasa Arab Tahun 2 | Nota PDF | 7 halaman

Disediakan oleh: Muallim Abu Hilman